Perjanjian Pengesahan Kebenaran - instaDuit

Perjanjian Pengesahan Kebenaran

Perjanjian Pengesahan Kebenaran

Kepada: BB Capital Sdn. Bhd.

Tuan,Puan,

Berikutan Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009, saya/kami memberi kebenaran kepada pihak Tuan dan CTOS Data Systems Sdn Bhd (“CTOS”), agensi pelaporan kredit berdaftar di bawah Akta Pelaporon Kredit 2010 untuk memproses maklumat peribadi saya/syarikat. 

Dengan ini, saya/kami bersetuju :

  1. Pihak Tuan dibenarka untuk menyemak kredit dan perdagangan, CCRIS dan DCHEQS saya/kami dan jika berkenaan ke atas pengarah, pemegang saham, penjamin dll dengan CTOS pada bila-bila masa sahaja selagi ada hubunga perdagangan antara sayakami dan pihak atau selagi pembayaran tidak selesai, untuk salah satu atau mana-mana sebab berikut;
  • Pembukaan Akaun
  • Pemantauan kredit/akaun
  • Pemulihan Hutang √ Penilaian kredit/akaun
  • Semakan kredit/akaun
  • Dokumentasi akibat undang-undang untuk kontrak atau fasiliti diberikan oleh pihak Tuan
  1. Pihak Tuan dibenarkan untuk memberikan mana-mana maklumat akaun saya/kami, kepada mana-mana entity perniagaan untuk penyemakan perdagangan yang boleh dipercayai pada bila-bila masa. Saya/kami faham dan sedar bahawa segala makumat yang akan diberikan kepada pihak CTOS juga akan diberikan kepada pelanggan perkhidmatan mereka.
  2. Jika permohonan saya/kami perlu diproses oleh pusat yang terletak di luar Malaysia (termasuk pejabat utama anda), saya/kami membenarkan pihak CTOS untuk mendedahkan maklumat kredit, laporan CCRIS & DCHEQS kepada lokasi luar Malaysia.
  3. Merujuk perkara di atas, saya/kami bersetuju untuk membenarkan pihak Tuan and pihak CTOS untuk memproses maklumat peribadi saya/kami mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi.